Saturday, 20 September 2008

Hidangan Buka Puasa

Lama tak kemaskini blog ni sebab sibuk 'packing' barang nak balik Malaysia. Bukan banyak sangat pun, tapi bila nak masukkan dalam kotak tu, mengambil masa jugakla dengan 'ramai pembantu sukarela' keliling pinggang (abang dan adik la tuh, sapa lagi).

Alhamdulillah, kami dapat beberapa jemputan untuk berbuka puasa, jadi dalam kesibukan ber'packing' tu, senang hati jugak la dibuatnya. Hidangan pulak sedap-sedap. Oleh kerana ni, bulan puasa, kalau terliur pun, tunggu masa berbuka yek.... sekarang boleh jamu mata je la...



Hidangan di rumah kak Nurul; nasi minyak, ayam masak kuzi, gulai kari daging & salad epal hijau bersama air sirap limau dan salad buah ber asam masin.

Hidangan di rumah Fahima; nasi lemak spesel dengan pelbagai kuih muih tradisional; apam balik, apam kukus dan bubur pulut hitam.
Hidangan di rumah Kak Nazean; tomyam spesel, daging masak hitam, udang bersalut kulit popia, dengan pencuci mulut, agar-agar telur. Dan tidak lupa mihun sup Shida yang pedas mengancam.














Ada lagi jemputan dari Nofri tapi tak bawak kamera la pulak.. Apa-apa pun kepada semua tuan rumah yang susah payah memasak, didoakan semoga rezeki bertambah murah..



Terima kasih daun keladi... nanti kat Malaysia, jemput lagi

Monday, 15 September 2008

Iftar MCCH 1429 (2008)

Bertarikh 13 Ramadhan, kami sekali lagi berkesempatan untuk bersama-sama warga Malaysia Community of Cheetham Hill (MCCH), Manchester untuk berbuka puasa. Seperti tahun lepas, majlis ini diadakan di Cheetham Hill Community School. Lebih kurang 5 minit ayah drive dari rumah kami.
Paling bagus, majlis ini hasil kerjasama warga-warga MCCH termasuk sumbangan kewangan, tenaga, masa hingga kepada penyediaan makanan. Tahniah MCCH, semoga tradisi ini berkekalan. Mengikut penghulu, warga MCCH setakat ini hampir 400 termasuk pelajar dan keluarga.... macam satu kampung kat Malaysia.



Abang Azim with his best friend, Iqbal.

Hari ini saya dan abang Azim makan banyak betul....hingga menjilat jari. Kenyang dan seronok makan ramai-ramai...tak sabar rasanya nak balik Malaysia makan dengan family. Selain tu dapat juga kami cuci mata tengok awek dan pakwe kat sin..oppsssss.....




Selepas tu berbuka puasa, majlis disambung dengan salam perkenalan untuk warga Malaysia yang baru sampai ke bumi Manchester. Diikuti dengan sesi bergambar, solat isyak, tarawikh dan sedikit moreh.... tapi kami berdua hanya makan aje....hanya ayah saja yang ikut majlis sampai habis. InsaAllah...Sabtu ni ada bazar ramadhan ke-2 kat sini, nanti kami update kalau berkesempatan..... Bye-bye. (Gambar-gambar diambil dari lensa MCCH).... Salam ramadhan....



Ayah??? Tengah pegang bendera tu....


Laporan disediakan oleh: Noor Mardhiyah

Thursday, 11 September 2008

Hari Terakhir di MU

Yey yey... Ayah dah tamat belajar. Alhamdulillah... dan hari ni merupakan hari terakhir ayah ke universiti. 2 hari lepas iaitu hari Selasa 9 hb September, ayah dah pun present his thesis kepada examiners. Jadi hari ni jugak la ayah akan tahu final results. Kami doakan agar ayah berjaya, Amin..


Jadi setelah hampir setahun kami di sini, Isnin lepas, baru kami berpeluang jalan-jalan sekitar universiti Ayah. Kalau nak tahu University of Manchester yang sekarang ni adalah hasil gabungan 3 universiti; Victoria University, UMIST dan University of Manchester ataupun dikenali jugak sebagai Manchester University (MU).


Okaylah, jom kita tengok gambar.
Ayah pada hari presentation

Sunday, 7 September 2008

London AGAIN!

First time we were in London, it was last year 23rd Sept, 2007; the day when we arrived from KLIA. 2nd time was in April 2008 (the 1st entry of this blog was about Mardhiyah in London) and the 3rd one was last July (Mardhiyah birthday), on the way to Europe.

This time, the trip was different coz all the expenses were claimable.. hehhehehe (mata duitan sikit sebab dah nak balik, duit pound dah kurang hehhehehe). Why claimable? coz it was a business trip as Ayah was having meeting at Petronas Office, situated in Harbour Exchange, Canary Warf, London.

Next to the Harbour Exchange. A lot of office building is now moved to this area. A lot of constructions too.

Ayah in front of Exchange Tower entrance

The meeting took place at 6 pm, 4th September. So, we departed from home in the morning (sempat lagi melencong ke Stoke-On-Trent and Birmingham on the way to London). This time, we stayed in Marriot Hotel at West India Quays, first time we had a five star hotel since we've been here.

Adik and abang pose ...

Pose at the hotel entrance

While ayah was having meeting, we all waited in the office area. Well, not bad for the kids to have some fun as always when they see each other. Whoelse if not Iqbal hehheheh. This time, Mardhiyah is one of them hehhehehe.... tak cukup tangan dibuatnya. The best of all of course was the iftar time coz lapar sangat.... sebab tak bersahur pagi tuh.

Aummmm ... sedapnya (sebab lapar)
3 families from Cheetham Hill. Misssing : Uncle Poeng

The next day, we went to West Ham Stadium and Arsenal Emirates for last minutes shopping spree hehheehe... and headed home. The traffic was very bad and we all very exhausted. Arrived in Machester about the Iftar time so buka puasa kat Lahore Kebabish.

Moral of the story: Really-really grateful that we lived in Manchester not London. Know what I meant? No??? Emmm tak apalah..

The end.

Wednesday, 3 September 2008

Cerita 4 September

4 hb SEPTEMBER, hari istimewa untuk Ibu dan Ayah sebab ianya hari ulangtahun perkahwinan Ibu dan Ayah yang ke-5. Tahniah dari kami.....

Ibu cakap banyak peristiwa yg terjadi masa Ibu dan Ayah kawen... emmmm lucu-lucu. Tapi masa kejadian tuh, tak lucu la.... rasa nak menangis pun ada..

Ibu kata, masa malam angkat nikah, elektrik kawasan kampung Ibu tiba-tiba terputus.. 'gelap gelemap' rumah kata ibu. So ibu pakai bedak pun 'bertampung'tampung' hehhehe. Masa tu rasa macam ok.. maklum la gelap, tapi bila tengok gambar baru tahu...hehhehe

Hari kenduri pulak, ada ke lembu yang nak disembelih beranak......terpaksa cari lembu lain dalam keadaan yang amat genting itu...Khemah yang telah ditempah awal tiba-tiba diberi kepada orang lain (atas dasar berlainan politik....) hehhehe, kesian abah..masa tu Ibu biasala... nak marah pun ada, tapi sekarang bila pikir balik, Ibu sepatutnya berterima kasih pada ma dan abah, sebab walau apapun yang terjadi, majlis tu tetap berlangsung dengan baik. Yer la, memang ada cacat celanya tp alhamdulillah, kita semua hanya mampu merancang, Dia la sebaik-baik perancang.

Apa-apa pun 5 tahun telah berlalu, ianya adalah sebahagian asam garam kehidupan yang perlu diambil ikhtibar...

So bersempena dengan hari ulangtahun perkawinan dan jugak bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, Ibu nak ucapkan terima kasih pada Ma dan Abah atas segala-galanya.. Maafkan anakanda ye.....

p/s Ayah kata, blog ni Diari Adik dan Abang, bukan diari ibu hehehe tapi tak apala ibu pinjam kejap yek nak mengimbas kenangan sikit...

Monday, 1 September 2008

Birthday, Salam Merdeka dan Ramadhan Kareem

31 Ogos 2008,
Happy Birthday Ibu...
Dan untuk semua warga Malaysia, di mana anda berada, Selamat Hari Merdeka..

Dan sempena kedatangan bulan Ramadhan yang membawa seribu rahmat, kami ucapkan Selamat Berpuasa. Maafkan salah dan silap.

Sunday, 31 August 2008

Tamu-tamu dan Menjadi Tamu di Notts

Alhamdulillah Ayah dah pun hantar thesis final year pada hari Selasa lepas, 26 Ogos. Hoorayyy. Kami tumpang gembira sebab boleh la ayah bawak kami jalan-jalan. Sebab tu la jugak blog ni tak berupdate ... ayah sibuk dengan thesis dia, jadi laptop yang satu ni tak leh Ibu guna.

Jadi ni nak citer la sikit-sikit peristiwa yang berlaku. Dalam 2 minggu lepas kami ada tamu spesel dari London. Sapa lagi kalau tak Untie/Ustazah Huda yang amat popular semasa ronda-ronda kami ke Europe.(jgn marah yek Untie Huda, nanti kena jual).Emmm Untie Huda dan Untie Sue sampai malam Ahad jadi esoknya, tak tahu nak bawak ke mana.. akhirnya ke CarBoot Bowley. Dapatla barang sikit. Pastu bawak pergi Old Trafford Stadium.(kemana lagi kan... kalau dah dtg Manchester ni, tu je la tempat orang selalu bawak).Kena pulak time match Man U vs New Castle U, jadi tak boleh masuk stadium. Harap-harapnya Untie-untie berpuas hati la dengan layanan kami.... Maaf apa-apa yang terkurang dan terima kasih sebab sudi datang melawat kami kat Manchester ni.
Untie Huda & Untie Sue sebelum bertolak pulang

Selang 3-4 hari, ada kawan Ibu dari Malaysia pulak datang, Untie Ruby dan Uncle Yap; dua-dua rakan sekelas Ibu kat SMACH. Haaa, samala.... bawak pergi jalan stadium lagi... hehehhehe. Maafla memang tak ada idea nak bawak jalan mana.

Di Old Trafford, Manchester United Stadium

Di Manchester City Stadium

Dan hari Jumaat minggu lepas, kami pulak menjadi tamu di Nottingham. Dah lama nak pergi melawat Uncle Din & Untie Zlaa sekeluarga, cuma masa tak mengizinkan. Seronok betul mengimbas kembali kenangan berkembara ke Europe dan bergossip hehhehe. Lepas kenyang menjamu selera dengan hidangan yang lazat, kami dibawa berjalan-jalan di sekitar bandar dan Nottingham University... cantik! Terima kasih yang tak terhingga dari kami...

Inilah keluarga bahagia Uncle Din & Untie Zlaa. (Abang Khutub je tak ada dalam gambar)

Di sekitar bandar dan universiti. (Khas untuk Pot.... jangan jeles yek)

Itulah sedikit perkembangan dari kami. Nanti sambung lagi...

Monday, 25 August 2008

Happy Birthday Abang Azim

Today is Abang's 4th birthday. We dont have any plan yet for party. Probably just inviting a few friends for afternoon tea this weekend.. hehhehe tengokla nanti.


Click to play Birthday Abang Azim
Create your own greeting - Powered by Smilebox
Make a Smilebox greeting

Monday, 18 August 2008

Pertandingan Fotografi MCCH

Sekadar memeriahkan...Pertandingan Fotografi anjuran Malaysian Community of Cheetham Hill (MCCH)
Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar penyertaan.

Ibu dan ayah pun masuk. Tu pun nasib baik ada lagi gambar saki baki gambar-gambar lama yg hampir lenyap sebab laptop rosak (Gambar 1 dan 2).

Anyway, this entry is not for lobbying..hehhehhe, sekadar memeriahkan.Lagipun hanya ahli MCCH saja yang boleh mengundi. Yang lainnya, boleh la tengok untuk 'cuci mata'.Lain la kalau nak jadi 'pengundi hantu'. hehehehe.