Wednesday, 28 May 2008

Jalan-jalan ke Cheshire Oaks

"Nama saya Mardhiyah. Saya nak cerita sikit. Hari Isnin 26 May baru ni, bank holiday (public holiday) kat sini. Ayah & Ibu nak jalan-jalan ke Cheshire Oaks, Chester. Pagi-pagi lagi Ibu dah masak nasi goreng & ayam tandoori. Memang kalau travel, Ibu akan buat bekal sebab makanan halal susah. Tujuan ke sana ialah... apalagi SHOPPING!!!. Cheshire Oaks ni kawasan jualan gudang dan stock clearance. Ayah dan Ibu nak beli kasut/baju/beg untuk souvenior bawa balik Malaysia. Saya pun pagi-pagi dah mandi sama-sama dengan abang Azim. Perjalanan ke sana hanya sejam dari Manchester.
I'm with my lovely Ibu. Ibu senyum dapat shopping.
"Emmm... ramai betul orang kat Cheshire Oaks hari tu.... Bukan mat dan minah saleh aje, orang Malaysia pun ramai yang kami jumpa. Ayah jumpa kawan-kawan BTN Balik Pulau dan orang dari London. Nak tahu kedai mana yg paling Ibu dan Ayah suka? Apalagi kalau bukan Clarks!!Ayah borong 3 pasang kasut dan Ibu pulak 2 pasang selipar, satu untuk Ma kata Ibu."

Kedai Clarks

Kami berebut naik kereta Bob



Klik 'play' kalu nak tengok abang saya naik kereta Bob the Builder

Lepas tu kami pergi window shopping kedai-kedai lain. Tak de yang berminat. Abang jumpa Bob The Builder, terus nak naik... Saya pun nak naik jugak.... Kami berebut. Sapa menang?? Saya laa hehehhe:) Tapi bagi chance kat abang le... nanti nangis. Akhir sekali, kami pergi kedai yang paling saya dan abang suka...... emmmm kedai apa yek.... Pumpkin Patch! Kami suka sebab Ayah belikan baju untuk kami. Kat Malaysia, mahal.....

Abang Azim dengan spec baru

Semua orang happy sebab semua orang dapat something dari Cheshire Oaks. Saya dan abang tidur dalam kereta on the way balik dengan lena.

0 comments: