Friday, 6 June 2008

Taman Tinjau Penerbangan

Hari Khamis, dalam kul 7.30 petang (kat sini belum gelap lagi, Maghrib sekarang jam 9.30 malam) , Ayah ajak kami pergi jalan-jalan. Dia tak cakap kat mana, suspens... Abang Azim ingat nak pergi main bola je kat depan rumah..

Tiba-tiba, kami sampai di Manchester Airport, lalu tempat kami menunggu taxi masa mula-mula sampai dulu. Ayah kata nak pergi Anjung Tinjau... emmm ingat ke stail macam KLIA, kena parking dan masuk bangunan Airport.

Rupa-rupanya kami salah....Ayah bawa kami ke Aviation Viewing Park, nama tempat tu Willow Concorde. Tapi park tu, tutup jam 9.00 mlm, kami pulak sampai 8.30 mlm, hanya ada setengah jam aja. Tak apala... kami masuk jugak. Emmm entrance fee GBP5.00, jangan convert... mahal....



So kat situ ada Concorde, the supersonic passengers airliner (klik di link untuk membaca sejarahnya). Kami tak masuk sebab kena bayar lagi dan masa terlalu singkat

Concorde (G-BOAC) at the Manchester International Airport Aviation Viewing Park




Emmm abang Azim suka tengok kapalterbang berlepas dan mendarat. Ayah pulak menajamkan kemahiran mengambil gambar dengan kamera baru kesayangannya. Ibu, emmm apa lagi duk dukung Adik la.
Okayla, malas nak cerita panjang, jom layan gambar.

Abang Azim posing dengan cermin mata barunya. Latar belakang: para pelawat sedang mendengar taklimat berkenaan sejarah Concoerde (G-BOAC)

Giliran ibu dan adik pulak...

Ada gaya macam Pilot tak??

Cantik tak Concorde ni berlatarbelakangkan langit yang biru. P.S. Ayah sedang mencuba teknik fotografinya.

Abang sedang khusyuk melihat kapal terbang Thomas Cook sedang berlepas

0 comments: