Lihatlah... pandanglah.... Cantik betul pemandangan di pergunungan Alps...tak terkata.Dari pantai ke hutan dan kini lembah gunung, pengalaman sepanjang 'tour' sangat menarik dan bila sampai je kat Switzerland tu, memang berbaloi betul rasanya walaupun ada pahitnya sikit-sikit.
Campsite kali ini, di Lauterbrunnen (Lauter=many, brunnen=spring) Valley sangat indah berlatarkan pergunungan Alps dan Staubbach Falls waterfall. Untuk peminat Lord of the Ring, 'The Lauterbrunnen valley also provided the pictorial model for J. R. R. Tolkien's sketches and watercolors of the fictitious valley of Rivendell".
Dan yang paling berbaloi ialah jika dapat ke Jungfraujoch, 3454m dari aras laut, the highest accessible point in Europe. Dan yang ni, kami tak pergi, sebab risau udara yang nipis di atas sana memudaratkan adik dan abang. Bila udara nipis, oksigen kurang, jadi boleh menyebabkan pening atau pitam. Jadi, kami cuma ke Kleine Sheidegg, 2061m. Emm lepas penat pusing-pusing dan ambik gambar di sini, kami bercadang untuk naik train dan explore Wengen, tetapi abang tidur pulak dalam perjalanan menuruni gunung. Akhirnya, selepas membeli souvenier (handyman swiss knife) dan lunch (vege pizza) di pekan Lauterbrunnen, kami terus pulang ke campsite dan ibu&ayah pulak sambung tidur hehhehe:) sehingga plan untuk ke air terjun beringkat-tingkat pada petangnya 'tercancell'.
Malamnya, selepas makan malam; nasi lemak sambal bilis dan telur, kami sambung tidur lagi.. penat betul panjat gunung.. hehehheh:)



2 comments:
Aunty Fidah jealous nih azim n diyah!! I wish I could be there!
Noor, thanks for the story... insya-Allah mmg teringin nak pergi Europe dgn budk2 ni. So bila sampai masa nnti will read your blog b4 go there, byk tips and very detail...I like it...thank you so much for sharing!!!
Post a Comment