Tuesday, 29 July 2008

Intermission....WHY Kelana Convoy??

Emmm commercial break sekejap.

Ramai yang bertanya, ok tak pergi dengan Kelana Convoy ni? Well, untuk jawap soalan ni, kena tanya pada diri yang bertanya jugak la....
  1. Berapa budget?
  2. Nak pergi tempat yang macamana?
  3. Suka tak ber'outdoor'?

Bagi kami yang budget sederhana ni, Kelana Convoy adalah sangat OK. Ramai yang kata, nanti kena basuh pinggan sendiri.. well, kalau pergi dgn agent lain (British local katakan atau backpacking sendiri atau by driving), kena masak sendiri dan basuh pinggan sendiri kan?? sebab makanan yg disediakan mungkin tak halal. Lagipun, nama pun 'budget tour' so basuh pinggan sendiri adalah perkara yang amat kecil... Kalau tak nak camping, which we wish we could, cabin is a good alternative with just additional 7 quid/night/person. Kalau nak cari hotel, lari budget la pulak kan???

Sebab.... yang penting adalah, kita selamat ke destinasi yang dituju tanpa perlu memikirkan kat mana nak tidur, makanan halal nak carik kat mana, nak ke kiri ke ke kanan ni??? bila sampai pulak, hishhh nak parking pulak kat mana? emmm macam-macam.

Walaupun nanti orang kata, 'tak adventure la pulak' sebab everything sudah diplan? Emmm it depends actually.. Kelana Convoy allows you to explore by yourselves when arrived at the destination. Tapi bagi kami, dengan anak-anak kecil ni, the tour guide service provided sangat-sangat dialu2kan walaupun ada jugak kami melencong ke tempat lain...

Lagipun, bagi yang berfamily, inilah masa untuk enjoy sight-seeing sambil beraktiviti luaran seperti camping; agak susah nak buat aktiviti macam tu terutama bila dah balik Malaysia. Dan makan beramai-ramai sambil bersila setiap hari.. emmmm seronok. Siap ada barbeque lagi pada hari terakhir. Sedap pulak tu.....:)

Anyway, ada jugak yang agak kurang menyenangkan tapi semua tu, kita anggap sebagai perkara kecil yang tak sedikitpun menjejaskan tour tu secara keseluruhannya seperti:

  1. makan malam terlalu lewat (kalau masak sendiri pun, it takes time... lewat gak dan penat pulak)
  2. nasi kadang-kadang kurang masak.. heheheh jgn marah yek Najib (pun paham2 la.. bila dah masak byk2 mcm tu la...)
  3. kadang-kadang tandas dan tempat khemah makan jauh dr cabin... emm exercise sikit..
  4. shower, kena guna token... pun biasala, camping site pun nak buat duit jugak..

Dan yang lain2nya adalah benda yang baik; Hairul dan Najib (penganjur) sangat baik, memahami dan akan membantu segala yang termampu. Penjelasan yang diberikan jelas dan kami sangat berpuashati di atas servis yang diberikan. Terima kasih..... Kami tak ada pengalaman dengan travel agent yang lain tetapi kami selalu travel sendiri; driving. So by comparing these 2 (tak apa la, not apple to apple pun kan), kami rasa boleh bagi point 8.5 out of 10. Emmm dah boleh A+ dah...

Dan yang pasti dan yang tak terbayar ialah hubungan persahabatan yang terjalin dengan para sahabat yang bersama rombongan. Jadi, lain kali kalau nak ke Scotland ke, Nottingham ke, hehhehe, dah ada kawan... ye tak??

Dan beberapa tips untuk kawan-kawan yang berhajat untuk mengikuti Kelana Convoy:

  1. Bawalah baju hujan waktu summer, so lawatan tak terganggu kalau hujan, nak kena berteduh etc. Kalau nak bawak payung pun ok tp bawa yang agak 'strong' sebab payung kami sekejap jer rosak, ditiup angin
  2. Bawalah bekal air minuman banyak sikit ataupun bila berhenti rehat, beli bekal air minuman banyak sikit sebab cuaca panas; dehydration. Kami, bila sampai Paris dah tak berapa sihat.. maybe kurang air dan badan dah penat.
  3. Dan jangan lupa tukar duit ke Euro... just incase susah nak carik money changer atau bank pada satu2 tempat tu.

Dan yang lain ..... JUST ENJOY YOURSELF.

0 comments: