Haa.. lepas seminggu, baru hilang penat berjalan. Tapi, selsema masih tak baik-baik. Mungkin keadaan cuaca Musim Panas di Manchester ni yang tak menentu memburukkan keadaan.. wallahua'lam. Sepanjang minggu lepas hujan memanjang tapi hari ni, matahari tersenyum riang... Hati pun senang nak tulis blog hehhehehe:)
Hari pertama tak banyak yang nak dicerita....
Kami bertolak jam 1.00 pagi 5 Julai, Sabtu dari Manchester ke London. Plan asal nak bertolak hari Jumaat pagi lagi sambil jalan-jalan ke Sheffield dan tempat lain dalam perjalanan tetapi pada paginya bertembung dengan hari graduasi Abang.
Alhamdulillah, sampai di rumah penganjur Kelana Convoy dalam jam 6.00 pagi untuk parking kereta. Kemudian telefon taxi untuk ke tempat berkumpul, Speakers Corner, Hyde Park tapi tak dapat. Hujan pulak turun agak lebat. Janji jam 8.00 pagi, semua dah bersedia kat sana. Emmm akhirnya, Hairul (penganjur) hantar kami ke Plaistow tube station dengan menaiki lori angkut barang sebab kereta dia pun dah penuh isi barang untuk tour. Emmm bermulalah adventur kami heheheh:) Tapi tak sempat nak ambik gambar dalam lori so tak boleh nak show kat sini.
Naik tube pun satu hal sebab tak ada lift untuk angkut barang-barang dan stroller adik. Nasib baik ada hamba Allah yang baik tolong so tepat-tepat jam 8.00 kami sampai di Hyde Park, orang lain dah masukkan barang dalam bas dan bersedia untuk bertolak.
Perjalanan ke destinasi pertama, Amsterdam terpaksa melepasi English Channel melalui SeaFrance ferry di Dover ke Calais, France selama 1 jam setengah. Kemudian, meneruskan perjalanan melalui Belgium dan akhirnya sampai di Uitdam Campsite dalam jam 8.00 malam tapi masih cerah.
Kami tidak berkhemah, sebaliknya bermalam di cabin. Ramai jugak yang berkhemah. Cantik kawasan tu, tepi laut. Cabin pulak agak selesa cuma jauh sikit dari tandas dan khemah makan.


0 comments:
Post a Comment