Lama tak kemaskini blog ni sebab sibuk 'packing' barang nak balik Malaysia. Bukan banyak sangat pun, tapi bila nak masukkan dalam kotak tu, mengambil masa jugakla dengan 'ramai pembantu sukarela' keliling pinggang (abang dan adik la tuh, sapa lagi).
Alhamdulillah, kami dapat beberapa jemputan untuk berbuka puasa, jadi dalam kesibukan ber'packing' tu, senang hati jugak la dibuatnya. Hidangan pulak sedap-sedap. Oleh kerana ni, bulan puasa, kalau terliur pun, tunggu masa berbuka yek.... sekarang boleh jamu mata je la...

Hidangan di rumah kak Nurul; nasi minyak, ayam masak kuzi, gulai kari daging & salad epal hijau bersama air sirap limau dan salad buah ber asam masin.

Hidangan di rumah Fahima; nasi lemak spesel dengan pelbagai kuih muih tradisional; apam balik, apam kukus dan bubur pulut hitam.

Hidangan di rumah Kak Nazean; tomyam spesel, daging masak hitam, udang bersalut kulit popia, dengan pencuci mulut, agar-agar telur. Dan tidak lupa mihun sup Shida yang pedas mengancam.

Ada lagi jemputan dari Nofri tapi tak bawak kamera la pulak.. Apa-apa pun kepada semua tuan rumah yang susah payah memasak, didoakan semoga rezeki bertambah murah..
Terima kasih daun keladi... nanti kat Malaysia, jemput lagi
1 comments:
salam
sudah balik kah?
Post a Comment