Bertarikh 13 Ramadhan, kami sekali lagi berkesempatan untuk bersama-sama warga Malaysia Community of Cheetham Hill (MCCH), Manchester untuk berbuka puasa. Seperti tahun lepas, majlis ini diadakan di Cheetham Hill Community School. Lebih kurang 5 minit ayah drive dari rumah kami. 
Paling bagus, majlis ini hasil kerjasama warga-warga MCCH termasuk sumbangan kewangan, tenaga, masa hingga kepada penyediaan makanan. Tahniah MCCH, semoga tradisi ini berkekalan. Mengikut penghulu, warga MCCH setakat ini hampir 400 termasuk pelajar dan keluarga.... macam satu kampung kat Malaysia.

Abang Azim with his best friend, Iqbal.
Hari ini saya dan abang Azim makan banyak betul....hingga menjilat jari. Kenyang dan seronok makan ramai-ramai...tak sabar rasanya nak balik Malaysia makan dengan family. Selain tu dapat juga kami cuci mata tengok awek dan pakwe kat sin..oppsssss.....

Selepas tu berbuka puasa, majlis disambung dengan salam perkenalan untuk warga Malaysia yang baru sampai ke bumi Manchester. Diikuti dengan sesi bergambar, solat isyak, tarawikh dan sedikit moreh.... tapi kami berdua hanya makan aje....hanya ayah saja yang ikut majlis sampai habis. InsaAllah...Sabtu ni ada bazar ramadhan ke-2 kat sini, nanti kami update kalau berkesempatan..... Bye-bye. (Gambar-gambar diambil dari lensa MCCH).... Salam ramadhan....

Ayah??? Tengah pegang bendera tu....
Laporan disediakan oleh: Noor Mardhiyah

0 comments:
Post a Comment