Alhamdulliah.... kami pergi ronda-ronda europe pada 5 July dan selamat kembali ke Manchester pada 3 pagi, 14 July. Kami semua keletihan, so belum sempat update blog ni...
So...sebagai introduction, kami war-warkan tempat yang kami pergi tu, to make it simple we provide a chronology event. Nanti kami citerkan details lepas ni. Ronda-ronda Europe ni kami pakai tour agent iaitu
Kelana Convoy. Kelana Convoy ni organised by Malaysian based at London. Kami ambil pakej 9 hari saja, Highlights of Europe. Ayah kata dah cukup tu sebab bukan senang ayah dan ibu nak handle kami berdua.... terutama Abang Azim yang biasanya muntah kalau naik bas dan Adik Diyah yang active nak main. So chronology events dan beberapa gambar sebagai introduction.
5 July
12.30am ; Travel by car from Manchester to London, sampai jam 6am.
8.00am ; Naik bus, terus ke Dover (jeti feri untuk ke Calais, France, mainland Europe)
12.00pm ; Dover
2.00 pm ; Calais, France. Bergerak ke Belgium and Holland.
7.00 pm ; Sampai kat campsite at north Amsterdam, Holland. Kami sepanjang trip ni memilih untuk duduk cabin. Ada gak yang camping....seronok jugak tengok....
6 July
Sehari kami di Amsterdam and Volendam, Holland. Melawat kincir angin, kilang cheese dan selipar kayu, pasar Volendram, museum van goh dan bandar Amsterdam.
Abang Azim kat kincir angin, near to Voledram, Holland
7 July9.00am ; From campsite Amsterdam ke Brussels, Belgium
1.00 ; Brussels - Mini Europe & Brussels town
8.00pm ; Sampai kat campsite kat Luxembourg
8 JulyDari campsite ke Luxembourg City. Pusing-pusing kejap sini. Perjalanan diteruskan selepas lunch ke Switzerland (Lauterbrunnen & the Swiss Alps). 8.00pm kami sampai kat campsite Lauterbrunnen. Masaa-Allah...memang cantik betul pergunungan Alps.
9 July
Hari ni naik train ke puncak tertinggi di Europe ni... tapi kami naik half aje. Ayah kata kami kena datang lain kali kalau nak pergi to the peak. Kat sini banyak dijual jam Swiss made dan pisau Victorinox Swiss army...consider murah jugak...
Ibu and abang Azim with Swiss Alps as background. Ni kat half way iaitu 2000m
10 July
Hari ni sehari suntuk dalam bas dari Switzerland ke Paris, France. Sampai kat campsite Paris (zone 3), jam 9 malam.
11 July
Hari ni pulak kami pergi Disneyland Paris. Ayah belikan tiket untuk Disneyland Studio dan Disneyland Park. Abang Azim kena bayar half dan Adik Diyah got free of charge. Pagi kami kat Disneyland Studio...Petang kami masuk pulak Disneyland Park...
Welcome to Disneyland Paris
12 July
Kelana Convoy hari ni bawa kami pusing-pusing bandar dan tempat menarik sekitar Paris. Memang bandar ni cantik dengan bangunan-bangunan lama. Pagi kami pergi kilang perfume yang memang terkenal di Paris ni. Selepas tu ke Eiffel Tower, Notre Dame Cathedral, masjid kat Paris ni, beberapa tempat lagi dan berakhir dengan cruise kat Seine River, tengok bandar Paris.

Abang Azim dengan gaya power rangers depan Eiffel Tower
13 July
Travel balik dari Paris ke London. Sampai London jam 5pm. Ayah bawa kami makan kat MSD (Malaysia Student Department) London. Jam 10.30pm kami bertolak balik ke Manchester dan sampai jam 3 pagi keesokkan hari di rumah.
Alhamdulliah..... sepanjang trip ni, semua ok aje cuma Abang Azim dan Adik Diyah selsema sikit. Hepi jugak le dapat jalan pusing Europe ni.....5 negara kami pergi + 1 passing thru (Germany). Total semua cost tu ayah kata tak boleh announce lagi...hehehe....yang pasti kepala ayah dah banyak uban tu lepas balik trip ni. Nanti kami update lagi.....Bye-bye...