Sunday, 31 August 2008

Tamu-tamu dan Menjadi Tamu di Notts

Alhamdulillah Ayah dah pun hantar thesis final year pada hari Selasa lepas, 26 Ogos. Hoorayyy. Kami tumpang gembira sebab boleh la ayah bawak kami jalan-jalan. Sebab tu la jugak blog ni tak berupdate ... ayah sibuk dengan thesis dia, jadi laptop yang satu ni tak leh Ibu guna.

Jadi ni nak citer la sikit-sikit peristiwa yang berlaku. Dalam 2 minggu lepas kami ada tamu spesel dari London. Sapa lagi kalau tak Untie/Ustazah Huda yang amat popular semasa ronda-ronda kami ke Europe.(jgn marah yek Untie Huda, nanti kena jual).Emmm Untie Huda dan Untie Sue sampai malam Ahad jadi esoknya, tak tahu nak bawak ke mana.. akhirnya ke CarBoot Bowley. Dapatla barang sikit. Pastu bawak pergi Old Trafford Stadium.(kemana lagi kan... kalau dah dtg Manchester ni, tu je la tempat orang selalu bawak).Kena pulak time match Man U vs New Castle U, jadi tak boleh masuk stadium. Harap-harapnya Untie-untie berpuas hati la dengan layanan kami.... Maaf apa-apa yang terkurang dan terima kasih sebab sudi datang melawat kami kat Manchester ni.
Untie Huda & Untie Sue sebelum bertolak pulang

Selang 3-4 hari, ada kawan Ibu dari Malaysia pulak datang, Untie Ruby dan Uncle Yap; dua-dua rakan sekelas Ibu kat SMACH. Haaa, samala.... bawak pergi jalan stadium lagi... hehehhehe. Maafla memang tak ada idea nak bawak jalan mana.

Di Old Trafford, Manchester United Stadium

Di Manchester City Stadium

Dan hari Jumaat minggu lepas, kami pulak menjadi tamu di Nottingham. Dah lama nak pergi melawat Uncle Din & Untie Zlaa sekeluarga, cuma masa tak mengizinkan. Seronok betul mengimbas kembali kenangan berkembara ke Europe dan bergossip hehhehe. Lepas kenyang menjamu selera dengan hidangan yang lazat, kami dibawa berjalan-jalan di sekitar bandar dan Nottingham University... cantik! Terima kasih yang tak terhingga dari kami...

Inilah keluarga bahagia Uncle Din & Untie Zlaa. (Abang Khutub je tak ada dalam gambar)

Di sekitar bandar dan universiti. (Khas untuk Pot.... jangan jeles yek)

Itulah sedikit perkembangan dari kami. Nanti sambung lagi...

Monday, 25 August 2008

Happy Birthday Abang Azim

Today is Abang's 4th birthday. We dont have any plan yet for party. Probably just inviting a few friends for afternoon tea this weekend.. hehhehe tengokla nanti.


Click to play Birthday Abang Azim
Create your own greeting - Powered by Smilebox
Make a Smilebox greeting

Monday, 18 August 2008

Pertandingan Fotografi MCCH

Sekadar memeriahkan...Pertandingan Fotografi anjuran Malaysian Community of Cheetham Hill (MCCH)
Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar penyertaan.

Ibu dan ayah pun masuk. Tu pun nasib baik ada lagi gambar saki baki gambar-gambar lama yg hampir lenyap sebab laptop rosak (Gambar 1 dan 2).

Anyway, this entry is not for lobbying..hehhehhe, sekadar memeriahkan.Lagipun hanya ahli MCCH saja yang boleh mengundi. Yang lainnya, boleh la tengok untuk 'cuci mata'.Lain la kalau nak jadi 'pengundi hantu'. hehehehe.

Friday, 15 August 2008

Diyah, You 've Been Framed



Gelagat anak dara sorang... posing atas katil heheheheh.
p/s : Ibu sebenarnya yang beria, nampak sangat tak ada kerja..:)

Tuesday, 12 August 2008

Singgang Mackarel

Hehehhehhe. Ikan mackerel dari Wales bakal menjadi santapan kami hari ni. Lama dah nak makan singgang ikan. Kalau ma baca tulisan ni, mesti sengih ma hehehhe, dia tahu menantu dia suka singgang dan budu. Cakap pasal makanan ni, mesti rindu nak balik Malaysia dah ni.. hieee tak sabar rasanya.

Jadi hari ni, masak singgang mackarel walaupun bahan utamanya, lengkuas tak ada.. emm hentam je la apa2 yg ada asalkan ada rasa, ye tak?

So hasilnya adalah ini.....
dan sampingan nya ialah sambal belacan (ganti budu) dan ulam bendi dan terung (belum celur lagi tu..)

p/s : 1)perut tengah berkeriut ni tapi nak tunggu Ayah balik dari Uni dulu. 2) Ibu dah takde idea ni.. tu yang tulis pasal singgang, ada ke patut?? emmm mesti dah tak sabar sangat dah nak balik Mesia ni.

Monday, 11 August 2008

Pancing oh Pancing

Ni cerita pasal hobi ayah, memancing. Sejak datang sini dah banyak kali ayah pergi memancing tetapi minggu lepas, ayah bawak kami sambil jalan-jalan. Tempat yang sama dengan yang dulu.


Hari tu, ayah kena hantar poster untuk thesisnya. Pagi-pagi lagi ayah pergi print sebab nak kejar masa nak pergi memancing nih... tapi minah kat kedai print tu buat hal pulak, 2 kali dia buat salah. Last-last, kul 1.00 petang baru ayah balik rumah. Siap-siap bekal dan alat-alat nak berkhemah, kul 2.00 petang baru bertolak.

Sampai dah pukul 4.30 petang, air laut dah mula surut. Ada ramai jugak orang kat sana termasukla beberapa kenalan Ayah dari Liverpool (pakcik-pakcik ni dah jadi penuggu tetap kat sini.. hehhee setiap kali ayah pergi, mesti ada..)

Okayla, walaupun dah lewat, ayah terus memancing. Lepas makan.... kami sempat lagi pasang khemah.... emm best betul berkhemah kat sini. Pukul 9.30 malam/petang baru kami bertolak balik. Sempat tengok matahari terbenam lagi.. cantik...


Emmm hasil tangkapan?? Emm bolehla.. hehheehe. Nasib tak menyebelahi kami kali ni tapi bolehla..

Saturday, 9 August 2008

Day 9; Home Sweet Home

This will be the last entry about the 'Ronda-ronda Europe'. Nothing much to tell about the last day (Sunday 13 July), as we just spent the entire day on the bus and ferry of course hehhehe. But for sure, after more than a week away from home... we missed our own bed very much...hehhehe:) Couldn't wait to go home....

We arrived at Hyde Park London about 5.30pm, I think...(emmm forgot already.. its been a month now). We walked to Malaysia Hall or MSD from there.. emm 30 minutes jugak.... penat jugak...hehhehe Well, it's worth it. We ate .. solat and rest while Ayah picked up the car at Hairul 's house. So, about 10 pm we left MSD and guess what time we arrived? 2 o'clock in the morning........ eventually HOME.



Here are some videos taken during the trip..... Enjoy...(But I have to say it not very good though).




THE END.

Thursday, 7 August 2008

Kami Akan Ke Udara



"Sukacita dimaklumkan perlancongan kita ke Eropah bertajuk 'Ke Eropah Bersama Kelana Convoy akan disiarkan di RTM 1, rancangan Selamat Pagi Malaysia setiap Sabtu mulai 9 Ogos 2008 jam 9.25 pagi

Selamat Menonton!
"
Itulah email yang baru kami terima dari Kak Misliah dari RTM yang sama-sama berkembara ke Eropah baru-baru ni. Jadi, kepada keluarga dan rakan-rakan yang merindui kami di Malaysia tu, jangan lupa menonton ye......(Inilah surprise yang diceritakan dalam paparan sebelumnya).

Wednesday, 6 August 2008

Tahniah untuk Tok Su and Nek Su



Alhamdulliah....

Berita terbaru yang kami dapat dari Malaysia, Nek Su dah selamat melahirkan anak sulung pada hari jumaat lepas. Ayah cakap, Tuk Su & Nek Su (Tuk Su ni adik kepada almarhumah nenek, yakni bapa saudara ayah) mendapat putera seberat 2.9kg dan namanya ialah Saiful Ryyan Bin Sapuan. Tahniah dari kami semua, semoga baby and mummy sihat. Kami tumpang gembira.... ayah dapat sepupu baru tu....




Berita-berita lain dari kampung ialah Cikgu Khalid (sepupu ayah) akan bertunang 18 Ogos dan juga Cik Nie (adik ayah) akan bertunang 19 Ogos ni. Tahniah belako-lako...



Untuk Tok Su dan Nek Su, tahniah sekali lagi. Selamat jaga baby, selamat bangun malam, selamat tukar lampin, buat susu, mandikan, tidurkan ..... macam ibu dan ayah jaga kami.

Tuesday, 5 August 2008

Happy Belated Birthday Diya


Birthday Girl-dah besar dah.... dah lebih sebulan, baru sambut dia punya Birthday. 050708 yang lepas, kami pergi Tour Europe.

Emm tak sabar nak ambik chocolate kat atas kek tu.

'Dark and white chocolate cake', Ibu buat spesel untuk Diya. Resepi dari BBC Good Food. Hiasan sempoi sebab tak ada bahan, curi gula-gula abang hehhee:)

Adik potong kek

Yummy....


Dan menu sampingan : Homemade Nandos. Sedap......

Saturday, 2 August 2008

Day 8; Paris - A Romantic City

Akhirnya, pada hari yang ke-8, sampai jugak ke Paris, salah satu bandar paling terkenal di dunia dengan dunia fesyen dan keunikan senibina dan ke'romatikan'nya sebagai destinasi pelancongan dan 'honeymoon' (bagi orang-orang yang berduit la).

Destinasi pertama kami ialah Perfume Museum of Fragonard. Perfume jenama Fragonard ni hanya ada di Paris sahaja dan kalau ada ditempat lain pun, ia sudah dilabel dan dibotolkan dengan pelbagai jenama terkenal yang lain kerana Fragonard ialah pengeluar essence/ essential oils kepada jenama-jenama tersebut. Di museum ini, kami diterangkan bagaimana perfume dihasilkan dan bagaimana 'nose', profesyen penting dalam bidang bau-bauan memainkan peranan. Kilang Fragonard berada di Grasse dan disana, banyak bunga-bunga ditanam untuk penghasilan perfume terutama rose, jasmine dan mimosa dan ada jugak bahan mentah yang diimport dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia (cinnamon bark dan patchouli). Lepas tu, apalagi shopping la. Ibu beli perfume, sabun dan eau de toilet.


patchouli - emmm pernah nampak tak? maybe kat dalam hutan kut?

Lepas tu, kami dibawa sight-seeing sekitar bandar Paris dan disepanjang Seine River. Kami melalui jalan utama, Champ Elysees, yang terkenal dengan kedai-kedai berjenama disepanjang jalannya terutama Louis Vuitton. Di hujung jalannya, kami sampai di dataran Place de la Concorde dimana disinilah adanya salah satu obelisk yang dihadiahkan oleh kerajaan Mesir kepada Perancis dan Arc de Triomphe yang terkenal itu.

Bas kami park berdekatan dengan Eiffel Tower dan cruise. Kami tak naik pun Eiffel Tower, tengok dari bawah je. Dari sana, kami naik Metro untuk ke KFC halal, makan tengahari. Emmm lama betul tak makan KFC... akhirnya boleh makan di Paris hehhehe. Ramai betul orang.. lama jugak baru dapat meja. Tapi, alhamdulillah kenyang. Dari situ, kami ke Notre-Dame Cathedral (ingat cerita The Hunchback of Notre Dam; Quasimodo and Esmeralda?) Dalam perjalanan, singgah di kedai cenderamata. Okaylah harganya berbanding dengan tempat-tempat lain.

Notre-Dame pada waktu malam.

Dari sini, kami ke Masjid untuk solat. Cantik masjid tu, siap ada taman dalamnya. Rupa-rupanya ramai jugak muslim di Paris ni yek? Sebelum balik semula ke tempat bas untuk Paris Cruise, kami sempat naik metro ke Musee du Louvre, sekejap untuk ambik gambar je. Tak sempat nak masuk sebab nak kejar masa untuk cruise. It is famous with the collections of French paintings and sculptures, including Leonardo Da Vinci's Mona Lisa, The Virgin and Child with St. Anne, and Madonna of the Rocks. Tapi tak ada rezeki nak tengok kali ni, kena pergi lagi nih....


Akhirnya, selepas menghabiskan masa lebih kurang satu jam dalam cruise menikmati pemandangan sepanjang Seine River, kami pulang ke campsite melalui terowong yang sama yang telah meragut nyawa Princess of Wales, Diana dan Dodi Al-Fayed dalam tragedi 11 tahun yang lepas. Kesannya masih dikekalkan disitu sebagai peringatan tapi sikit sangat, tak berapa jelas dari bas.

Yang pasti, Paris akan menuggu kedatangan kami kembali hehhehe, Insyallah kalau ada rezeki.